Thursday, March 21, 2013

Catatan Perjalanan 2

          Penciptaan manusia di atas muka bumi ini adalah manifestasi ketetapan Allah menjadikan manusia sebagai khalifah. Khalifah membawa pengertian yang luas, bukan sebagai ketua sahaja malah meliputi semua tugasan sebagai pengurus, pentadbir, pemimpin, pembimbing, pemberi contoh ( menjadi idola / ikon) dan ikutan kepada orang di sekeliling. Kita semua adalah pemimpin dan akan dipersoalkan tentang kepimpinan kita di hari akhirat kelak.
          Sebagai pemimpin kita mesti peka terhadap persekitaran kita, dalam  keluarga setiap orang daripada ahli keluarga mempunyai tanggungjawab masing-masing. Seorang ayah bertanggungjawab memastikan persekitaran rumahtangga berada dalam suasana yang harmoni, ceria dan selesa. Seorang ayah mesti memimpin ahli keluarganya untuk mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh, memastikan seluruh ahli keluarga mematuhi syariat Islam. Sementara tugas dan tanggungjwab si ibu membantu ayah menguruskan rumahtangga agar dapat mewujudkan suasana 'Rumahku, Syurgaku'.
          Bunyinya memang mudah tetapi untuk melaksanakannya memerlukan kesabaran, pengetahuan dan komitmen yang tinggi. Rumahtangga merupakan medan jihat bagi golongan hawa. bertepatan dengan ungkapan ' tangan yang mengayun buaian mampu menggoncang dunia'. tangan wanita yang lembut dengan alunan yang gemalai dihiasi dengan keimanan yang jitu kepada Allah S.W.T, berkat asuhannya dapat melahirkan  pemimpin yang berkhalibar.
         Anak yang dididik dan diasuh mengikut ajaran Islam bakal menjadi pemimpin  yang boleh mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam ini.