Thursday, March 21, 2013

Catatan Perjalanan 2

          Penciptaan manusia di atas muka bumi ini adalah manifestasi ketetapan Allah menjadikan manusia sebagai khalifah. Khalifah membawa pengertian yang luas, bukan sebagai ketua sahaja malah meliputi semua tugasan sebagai pengurus, pentadbir, pemimpin, pembimbing, pemberi contoh ( menjadi idola / ikon) dan ikutan kepada orang di sekeliling. Kita semua adalah pemimpin dan akan dipersoalkan tentang kepimpinan kita di hari akhirat kelak.
          Sebagai pemimpin kita mesti peka terhadap persekitaran kita, dalam  keluarga setiap orang daripada ahli keluarga mempunyai tanggungjawab masing-masing. Seorang ayah bertanggungjawab memastikan persekitaran rumahtangga berada dalam suasana yang harmoni, ceria dan selesa. Seorang ayah mesti memimpin ahli keluarganya untuk mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh, memastikan seluruh ahli keluarga mematuhi syariat Islam. Sementara tugas dan tanggungjwab si ibu membantu ayah menguruskan rumahtangga agar dapat mewujudkan suasana 'Rumahku, Syurgaku'.
          Bunyinya memang mudah tetapi untuk melaksanakannya memerlukan kesabaran, pengetahuan dan komitmen yang tinggi. Rumahtangga merupakan medan jihat bagi golongan hawa. bertepatan dengan ungkapan ' tangan yang mengayun buaian mampu menggoncang dunia'. tangan wanita yang lembut dengan alunan yang gemalai dihiasi dengan keimanan yang jitu kepada Allah S.W.T, berkat asuhannya dapat melahirkan  pemimpin yang berkhalibar.
         Anak yang dididik dan diasuh mengikut ajaran Islam bakal menjadi pemimpin  yang boleh mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam ini.

Thursday, April 12, 2012

Antara Dua Realiti

Setiap insan mempunyai matlaamat dan cita-cita yang ingin dicapai. tapi anehnya manusia lupa hakikat kudrat dan kekuasaan yang Allah kurniakan pada mereka. Berbekalkan sedikit ilmu yang dititipkan oleh Allah dalam kotak fikirannya, manusia sudah mendabit dada bahawa merekalah yang melakukan semuanya. Mengapa manusia lupa apa yang mereka ada sebenarnya adalah atas sifat Allah yang Rahman dan Rahim. Kenapa manusia sering lupa dan bersikap bongkak sedangkan mereka hanya menerima secebis daripada Rahmat Allah.
Tidak sepatutnya kita menghina dan menempelak orang lain bila apa yang kita hajati tidak dipenuhi. Ingatlah kadang-kadang Allah memberikan kita apa yang diminta dengan tujuan untuk lebih menjadikan kita jauh tersasar dari landasannya. FIKIR-FIKIRKANLAH !!!!!!!!

Thursday, April 14, 2011

GURU TRANSFORMASI BANGSA

GURU! nama yang sering dikaitkan dengan kejayaan dan kecemerlangan. saban tahun kita dikejutkan dengan pelbagai berita dan tohmahan yang sering meremeh dan memperlekehkan usaha dan jasa par guru yang lebih tepat diklasifikasikan sebagai pendidik.

Tuesday, February 1, 2011

di mana kedudukan hasil Sastera di mata masyarakat

Karyawan atau penggiat seni sastera merupakan insan seni yang mempunyai mata hati yang telus dan kudus. Pemerhatian dan penakkulan terhadap persekitaran dan masyarakat mencetuskan idea untuk karyawan mencurahkan rasa hati dalam karya sastera dengan penggunaan kehalusan bahasa demi menjaga hati semua lapisan masyarakat.Tetapi malangnya tidak semua orang dapat menyelami hati nurani paraa karyawan, malah ada yang terang-terang menentang serta menghina hasil karya mereka apa lagi kalau karya yang telah mendapat pengiktirafan daripada panel penilai yang menobatkannya sebagai karya yang barmutu tinggi.
janganlah kerana kejahilan kita menilai sesebuah karya atau lebih tepatnya buta seni / sastera terus melabelkan sesebuah karya sebagai tidak memenuhi aspirasi masyarakat. Karya sastera janganlah dipolitikkan demi memenuhi desakan segelintir manusia yang suka menangguk di air yang keroh.
Buka mata lihatlah dengan mata hati!!!!

Tuesday, May 25, 2010

HARI GURU TIBA LAGI ............

Setiap tahun tanggal 16 Mei hari guru di sambut seluruh negara bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru yang dinobatkan sebagai arkitek bangsa. Persoalanya sejauhmanakah ketepatan maksud ungkapan ini?

Cuba kita renung dalam-dalam, saban hari terpapar di dada akhbar pelbagai cerita yang menyentap tangkai hati para guru: pelajar-pelajar ditangkap merempit, melakukan jenayah, ponteng sekolah, terlibat dengan penyalahgunaan dadah, kongsi gelap ,buang bayi, khalwat dan macam-macam lagi. sedangkan kita tahu di sekolah semua perlaakuan ini tidak ada dalam silibus. Jadi dari mana mereka ini mendapat 'kemahiran dan kepandaian' tersebut?

Thursday, April 8, 2010

suatu catatan perjalanan

kembara di maya pada
merintis laluan sukar
menggapai awan kemawan

dalam ketandusan nilai budi
luka kaki terpijak onak
tercalit gurisan pada pemuka
kanvas kehidupan yang berwarna ceria
lantas
semuanya bertukar rona
redup dan kerut pada wajah
cerminan hati yang parah

kembara di maya pada ini
masih serlah sirna jernih
pautan hati pada Ilahi
memacu menuju kehidupan hakiki
dengan hati syahdu kudus.

pada maya pada ini
kukirai butiran tasbih dengan jari jemari
kuhitung amal dan khilaf
kurenung kilauan bintang
kutahu diriku terlalu kerdil
berjalan megah di dada bumi - Mu
yang luas terbentang

aku sedar siapa diriku
tak ku mampu bernafas tanpa restu-Mu.

Friday, January 22, 2010

REMAJA HARI INI, APA NAK JADI?

Remaja sekarang suka membuang masa berpeleseran dan membuang masa tanpa ada tujuan yang kkhusus. Hari ini aku mengunjunagi pusat beli belah di KT. Alangkah sedihnya bila melihat gelagat remaja dewasa ini yang sudah terhakis sifat malu dan rendahnya budi bahasa. Di mana salahnya?. Adakah ibu bapa tidak mendidik anak-anak atau anak-anak tidak mendengar kata ibu bapa?. Yang lelakinya berpakaian ketat dengan rambut yang "berjambul" dan diwarnakan, yang gadisnya bertutup kepala dan badan tetapi macam "barut nangka", singkat, nipis dan ketat.
Apa akan jadi 10 atau 20 tahun nanti? Remaja macam ni kah akan mewarisi kepimpinan masyarakat?. Sanggupkah kita mewaris kepimpinan negara kita kepada remaja-remaja seperti ini? Satu lagi yang menarik perhatian saya, pergaulan bebas dalam kalangan remaja. Mereka tidak segan silu berpimpin tangan sedangkan tiada apa-apa ikatan yang menghalalkan mereka berbuat demikian.Itu yang dipamerkan di kalayak ramai kalau di belakang .......?